Sunday, September 22, 2013

WW1 - Introduction

Alhamdulillah, aku telah sampai ke SEM ke 2. Tinggal 1 semester lagi utk menghabiskan pengajian master di UTM, Skudai ini.

Sememangnya minggu ini menerima pensyarah yg baru dikenali, Dr.Noraffandy Yahaya. Seorang yang boleh dikatakan tegas dari segi luaran, namun seorang yang santai bila berbicara, cuak juga masuk kelas ni disebabkan tidak ramai student yg amik subjek ni utk sem ni maka ak boleh bayangkan soalan2 yang kena dijawab bila di tanya kelak.(tambahan pula aku la hero dalam kelas ni memandangkan yang lain sume heroin..hahaha)


Di minggu pertama, kami didedahkan dengan perjalanan subjek ni yang akan berlangsung selama 15 minggu akan datang. Dari pendengaran dan pemahaman aku subjek ni adalah prerequisite utk subjek Authoring System. So sesiapa yang belum ambil jangan memandai nak langkah bendul!!

Dari segi pengajar, Dr.Noraffandy Yahaya akan berganding dengan Dr Dayana. Dr.Noraffandy Yahaya akan masuk selepas pertengahan sem dan Dr Dayana akan mengajar teori2 berkaitan sepanjang pertengahan sem ni.


Bosan jugak sb xde geng lelaki, sem lepas masa ambil Authoring System pn ade sorng je geng laki. Tak boleh la nak sembang 'out of the box' sb pompuan kan skema2 sume (tak kawen lg).. haha

Dari segi assignment ade byk yg libatkan group, so kena form group dalam 3-4org utk develop web dan bt design document untuk subjek ni selain final report. Bagi assignment individual pula ade 2 iaitu blog dan website evaluation.






No comments:

Post a Comment